Tuesday, July 28, 2009
Akhirnya.....
Setelah puas aku berpikir n berangan akhirnya tercapai jugak niat aku nak buat satu blog niaga macam lain lain blogger buat walau pun simple....
Demi anak-anak n isteri aku, aku sanggup berusaha demi masa depan kami sekeluarga. Entry kali ni aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan blogger terutama sekali kepada Red, Ummi Eja yang telah memberikan aku idea untuk membuatkan blog aku lebih baik cume kalu nak gambo yg lebih terang, aku kene le beli kemera digital yang mahal tu.Buat masa ni aku lum lagi berkemampuan untuk membeli kemera tersebut tp tak per kalu bisnes aku ni ada sambutan akan ku beli jua kemera gitu..hehehehehe
Tak lupa jugak pada blogger yang lain yang telah memberikan sokongan moral terutama sekali POSH, Blue, Kiela, Kak Ngah, AbgBro serta lain-lain blogger yang kalu aku nak sebut sampai esok pun tak abis.... So kepada rakan-rakan blogger yang nama dia aku tak sebut tu jgn susah hati, sokongan korang tetap aku ingat sampai bila-bila.
K la sekian saja entry aku kali ni untuk tatapan korang semua
Wednesday, July 22, 2009
Sendiri Mau Ingat La Kawan
Pada satu hari, Duit Seringgit telah bertemu dengan Duit Lima Puluh ringgit.....
Duit Seringgit : Oit...lama tak nampak, mana ko pergi??
Lima Puluh menjawap : Oooo aku pergi merata tempat...
pergi stadium tengok bola naik Star Cruise, pergi tengok
konsert AF, lepak kat One Utama,Malaysian Idol..
tempat-tempat mcm tu la. Eh, ko camner pulak??
Duit Seringgit : Sambil menundukkan kepala, dia menjawap
perlahan....Hmmmm..mcm biasa la, balik-balik ke tempat
yang sama..Surau, Masjid.......
Fikir-fikirkan la ye kawan-kawan
Monday, July 13, 2009
Hari ni aku rasa mcm tak de posting yang best untuk dikongsi bersama, cume aku nak bagi Award kat korang semua ( tak kire sapa-sapa la yang penting korang sudi ) kerana sudi menjadi sahabat aku di alam ciber ni.....so sudi sudi la korang copy award ni ye
Thursday, July 9, 2009
Alahai menantu.....
Pak Kasim seorang yg tamak harta..dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda yang kaya ingin melamar anak Pak Kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.
Setelah 3 hari berkahwin, Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang, Pak Kasim mengajak Seman untuk solat maghrib berjemaah. Seman jadi menggelabah kerana sebelum ini dia tak pernah solat. Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. “Yang, camner ni.. abg tak penah solat sebelum ni” “tak pe bang, abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan.
Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim mengangkat takbir, Seman pun ikut mengangkat takbir. Lalu Pak Kasim pun membaca surah alfatihah..“Bismillahirrahmanir rahim…” Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang… “Bismillahirrahmanir rahim…” aisyh! pelik menantu aku ni, mazhab mana yg dia ikut? setahu aku, imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim. Pak Kasim buat selamba aje dan terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji..
Pak Kasim berasa semakin pelik, lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman.. Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim. “ish! gila ke menantu aku ni??” Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim.
Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah, tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman. “Seman apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah..susah ye nak solat maghrib ni. Baru hari ni saya tau...nak sembahyang sampai kena berlari..”
Monday, July 6, 2009
Kursus Asas Menyelam Scuba
Seperti yang telah aku janjikan pg td...ni la kursus yang aku jalani semasa di Pulau Perhentian, Terengganu tempoh hari....
Cantik sungguh pemandangan di Pulau Perhentian ni...airnya jernih sangat
Ni la gambar aku semasa menyelam di sekitar Pulau Perhentian....( psssst...yg berbaju putih tu aku le tau...heheheheh )
Pengalaman menyelam ni tak tahu la aku nak gambarkan mcm mana......tp memang best sangat, sempat jugak aku bermain-main ngan ikan nemo..heheheheheh
Sejuknya......seronok sungguh kami semua dapat mandi air sejuk di kaki bukit selepas tamat kursus menyelam. ye la asyik berendam ngan air masin je kan...heheheheh
Ni la dia barisan tenaga pengajar dan para penyelam Kursus Asas Menyelam Scuba Siri 1/2009
Pulau Perhentian
Salam kepada semua blogger...bukannya aku menyepi atau bertapa ek tp aku pergi berkursus di Pulau Perhentian, Terengganu dari 29 hingga 3 haribulan 7. Nak tahu aku berkursus apa? haaaa nanti aku uploadkan gambonya pasal aku terlupa nak bawak kabel wire pg ni la. Tungguuuuuuuu.......hehehehehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)