
Semasa baru dimasukkan ke dalam wad
Hospital Tunku Fauziah, Kangar

Waktu pagi sebelum pembedahan

Baru selesai pembedahan
Hari ni aku dapatlah aku uploadkan gambar si anak bertuah aku, Muhammad Fariz 6 thn yang mendapat kecederaan di kelopak mata kanan pada hari jumaat lepas semasa bermain ngan anak jiran aku di rumahnya . Kata jiran aku, kelopak mata anak aku ni tersangkut pada besi buaian baby ( ndoi kata org Perlis ) dan diorang terpaksa mendukung anak aku yang tembun ni sebelum dapat mencabut besi buaian tu. Masa tu aku belum balik dari sembahyang jumaat lg, nasib baiklah anak jiran sebelah rumah aku yang satu lagi tu dah balik dari sembahyang terlebih dahulu dari aku jadi dialah yang hantarkan anak aku ni ke hospital.
Nasib baiklah kata doktor mata hitam dia tak kene pada besi tu kalu tak tentu lagi parah kecederaan dia. Tapi korang tengok lah gambar kat atas sekali tu masa dia baru dimasukkan ke wad, siap tunjuk isyarat bagus kat aku lak tu huhh bertuahnya anak....kita punya le risau tapi dia rileks jek tak nangis lak tu. Masa dalam wad tu, berbuih mulut aku menjawap soklan dari pelawat-pelawat yang datang melawat sedara mara diorang kat situ. Korang bayangkan kalu sepuluh orang yang bertanya soklan yang sama " Kenapa ngan mata anak ? " tak ker berbuih mulut aku nak terangkan perkara yang berlaku berulang kali...itu baru sepuluh je ko. Ape pun aku bersyukur pada Tuhan kerana melindungi dia dari kecederaan yang serius...Amin