Rajin-rajin le memfollow aku ek.....

Tuesday, October 27, 2009

Menyepikah aku ni??

Salam buat semua teman teman bloggers....tajuk tu macam power rangers jek kan hehehehe bukan ape semenjak dua menjak ni aku sibuk skit nak kene siapkan kerja kerja urgent yang tertangguh kerana aku baru je bertugas semula setelah bercuti hampir seminggu menemankan anak nombor dua aku yang baru je menjalani pembedahan dalam telinga dia untuk kali ketiga di Hospital Tunku Fauziah, Kangar.
Kesian dia semenjak dari umo tak sampai setahun sampai kini dah enam kali pembedahan dia jalani dan setiap kali tu la aku kene pergi berkursus...ish ish ish tapi kali ni aku tak pergi kerana kalau aku pergi berkursus jugak sapa la yang nak temankan dia kat hospital tu kan. Kalau dulu masa dia menjalani pembedahan plastik dekat Hospital Melaka, ibu dia akan temankan sebab kakak dan adik-adik dia dijaga oleh nenek dia kat kg tu. Tp tu masa kat Melaka, kini aku kat negeri orang so sendiri mau ingat la kan........
Kepada teman teman bloggers yang tak tahu apa masalah anak aku ni, sebenarnya anak aku ni mengalami sumbing yang serius semasa dilahirkan. Kecacatan tu yang menyebabkan dia menjadi kurang pendengaran tp korang jangan risau sebab aku tak pernah membezakan anak anak aku tau. Aku sayangkan anak anak aku weiiii
Okey lah semua aku nak kene siapkan keje aku yg tengah menimbun atas meja aku ni, lain kali aku update lg ye...terima kasih kepada teman teman bloggers yang bertanya kan kemana aku menyepi, love u all

9 comments:

secangkir madu merah said...

semoga anakmu itu cepat sembuh, sabarlah dgn dugaan kecil dari yg Mahakuasa.. ada hikmah disebalik segala kejadian..

POSH76 said...

bro jgn lupa wa takkan lupa sama bro....dahulukan ur priority...janji jgn quit teruss yer...hehe

abgBro said...

btoi tu bro...utamakn hat mane yg utama dulu ek...

moga2 ank cepat sembuh...amin

blueCITY said...

salam jebat,

semoga anak u sembuh dan seperti sediakala ya,

kita semua memang tak sama, kurang sana, lebih sini, lebih sana, kurang sini, so memang manusia itu tak sempurna kan. hope u sabar hadapi dugaan di dunia ini..

sabar dan usaha untuk yg lebih penting ya

mawar_berduri said...

semoga anak bro cepat sembuh.....biase la mase kecik2...kakak dan adik sy pun ada masalh yang sama...tapi dah besar sumenya alhamdulillah o.k

CINTAMANISZ Lite said...

Semoga anak hang kuat semangat utk semboh dari pembedahan tersebut..
Jebat mmg patut dicontohi sebab tidak membeza-bezakan anak2..Alhamdulillah..

ema mummy meen said...

Terasa sepi gak ni...huhuhu...
semoga cepat baik ye...

seroja jingga said...

a ah
lame sepi
semoga anak kamu sihat..sian kalo tengok bebudak kecik kene operate ni

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

salam jebat...

bro..kina doakan anak bro cpt sembuh. lepas nih kena la bg perhatian yg lbh dkt ank2. supaya dorang x rasa tersisih atas kebusyan bro.

Award