Rajin-rajin le memfollow aku ek.....

Tuesday, October 27, 2009

Menyepikah aku ni??

Salam buat semua teman teman bloggers....tajuk tu macam power rangers jek kan hehehehe bukan ape semenjak dua menjak ni aku sibuk skit nak kene siapkan kerja kerja urgent yang tertangguh kerana aku baru je bertugas semula setelah bercuti hampir seminggu menemankan anak nombor dua aku yang baru je menjalani pembedahan dalam telinga dia untuk kali ketiga di Hospital Tunku Fauziah, Kangar.
Kesian dia semenjak dari umo tak sampai setahun sampai kini dah enam kali pembedahan dia jalani dan setiap kali tu la aku kene pergi berkursus...ish ish ish tapi kali ni aku tak pergi kerana kalau aku pergi berkursus jugak sapa la yang nak temankan dia kat hospital tu kan. Kalau dulu masa dia menjalani pembedahan plastik dekat Hospital Melaka, ibu dia akan temankan sebab kakak dan adik-adik dia dijaga oleh nenek dia kat kg tu. Tp tu masa kat Melaka, kini aku kat negeri orang so sendiri mau ingat la kan........
Kepada teman teman bloggers yang tak tahu apa masalah anak aku ni, sebenarnya anak aku ni mengalami sumbing yang serius semasa dilahirkan. Kecacatan tu yang menyebabkan dia menjadi kurang pendengaran tp korang jangan risau sebab aku tak pernah membezakan anak anak aku tau. Aku sayangkan anak anak aku weiiii
Okey lah semua aku nak kene siapkan keje aku yg tengah menimbun atas meja aku ni, lain kali aku update lg ye...terima kasih kepada teman teman bloggers yang bertanya kan kemana aku menyepi, love u all

Wednesday, October 14, 2009

Hotel Bella Vista


Hotel Bella Vista, Langkawi....bukan aku ilang kan diri lepas raya tau cume aku bertugas sebagai urusetia kursus untuk para nelayan. Cantik pemandangan laut dari hotel tu kan cume aku muskil nape la hotel ni bentuknya mcm gereja...heheheheh. Yang gambo last tu aku tengah melepak kat tepi swimming pool masa nak tunggu time makan mlm, bukan tak nak mandi tp aku tak bawak seluar pendek...nak mandi pakai ******* aje, ishhhh aku malu weiiiiii wkaakakakakaka

Monday, October 12, 2009

Eye on Malaysia





Kalau korang nak tahu, masa beraya kat kg di Melaka ari tu sempat la kitorang meronda kat Melaka Town sampai aku sendiri pun sesat weiii dan sempat jugak kitorang naik Eye On Malaysia ni...banyak sungguh perubahan kat negeri kelahiran aku ni. Shoping tak yah cakap la, boleh naik lenguh lutut kalu nak masuk semua shoping yg ada kat Melaka ni
Bagi mereka yang tak pernah naik Eye On Malaysia ni....sile serahkan kad pengenalan diri terlebih dahulu kalu nak tiket murah ek pasal untuk warganegara Malaysia bayaran yang dikenakan untuk dewasa RM 10.00 n untuk kanak-kanak RM 5.00 aje
Jom melawat Melaka..hehehehe pomot negeri sendiri weiiii

Friday, October 9, 2009

Raya Di Kampung 1





Award