Rajin-rajin le memfollow aku ek.....

Thursday, June 25, 2009

Blogger Contest

Jom join contest ni.....sila klik pada link ni dulu kalu nak join contest ni k http://www.oricurly.blogspot.com

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa


Wednesday, June 17, 2009

Awas! Serunding Babi

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia. Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama. "Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata. Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
Abon/dendeng sapi asli cap ACC
Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Tuesday, June 16, 2009

" AKTA 15 "

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?
Rosni : "Tak kisah la... mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta.. Mulanya berbual biasa....lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni..nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..

Rosni :"Abang Hamid...ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial"

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni... walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu...

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah, Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membacakandungannya...

"Teruskan Usahamu.... Jangan Lakukan Separuh Jalan Sahaja"

Senyum selalu....

Sekuriti di kedai .....



Sejak kebelakangan ini, memang banyak kes jenayah yang berlaku.Untuk meningkatkan keselamatan di kedai ,kawan saya terpaksa mengambil seorang sekuriti guard yang sangat sangat gagah.Dia telah berjumpa dengan banyak ajen untuk mendapatkan sekuriti yang sangat-sangat gagah ini.Walaupun berjumpa dengan banyak ajen, tetapi kawan saya tidak puas hati.Akhirnya terjumpalah agen yang boleh menyediakan sekuriti yang jenis itu.Menurut dia sekuriti yang paling gagah adalah dari Afrika.Walaupun gajinya amat tinggi, itu tidak menjadi soalannya.Sudah 3 bulan dia bekerja, tetapi masalahnya bukan sahaja penjenayah takut nak masuk ke pejabat tetapi pelanggan pun takut nak masuk....apa masalahnya???



di sini disertakan gambarnya Sekuritinya...komen anda ????
>
>
>
>
>
>
>
>

Thursday, June 11, 2009

Pelik tapi benar......

beolh tak adna bcaa parkatean aatu aayt ini?..klaau adna bleoh, nii brmkanea oatk adna jgua pleik..hnaya 50 drapidaa 100 oanrg ynag bleoh..syaa tdaik pryacea bhawaa syaa sbnaerynea bleoh bcaa ini..taleh dbiutkakn bwahaa oatk mnauisa tdaik mbaecma kselueruahn praktaean taepti hnyaa hruuuf id hpadaan dan id akihr shajaa..hruuf id hpadaan dan id akihr ynag prleu bdarea id tmapet ynag btuel..kaeadan hruuf lian tadik dmabil kria..dan wlaauupn bterauber, adna msiah dpaat mmaebca nya..dsayat kan? syaa salelau fkiir eaajn aladah ptneig!...

Tuesday, June 2, 2009

Kisah dan tauladan.....

1979
====

Anak: Abah, tu burung ape?
Bapak: Burung Murai, nakk..
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!(Sibapak tampor)

Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!!(meleleh air mata)
Bapak : Besok kalu Tuhan kasi betul-betul telinga kau tuli baru
kau tahu! Udah!!!Jgn permainkan orang tua-tua tak baik!!!!

2007
====

Bapak: Amin, tu burung ape?
Anak: Burung Murai, ayah..
Bapak : Burung aper?
Anak : Burung Murai
Bapak : Aa aa yer burung Murai.
Anak : Eh!!Kenaper abah tak ulang-ulang tanyer?
Masih power telinga abah ni yer.
Bapak : Yer! Masa dulu kalu arwah datuk kamu panggil abah
suruh ke kedai ke aper, sekali panggil jer abah dah menyahut.
Abah tak berani nak wat pura-pura pekak macam ngko
selalu buat tue. Barangkali itulah yang jadi barakahnyer,
jadi telinga abah ni Tuhan kasi klear sampai sekarang. ... ...

(yg ni part yg aku gelak siot..)

2020
====

Anak: Abah, tu burung ape?
Bapak: Burung Murai, nakk..
Anak : Burung ape??
Bapak : Burung Murai..
Anak : Burung ape??
Bapak : Burung bapak...
Anak : Bapak ape??
Bapak : Bapak kau..
Anak : ??????

*moral of d story : Hormati la orang tua kamu.

Monday, June 1, 2009

lagi-lagi tag huhuhuhuh

1. Nama timangan anda

Melako - tu nama panggilan masa di Sekolah Men Vokasional Ampangan

Abg - hehehehe manja je bile is3 aku panggil

Bob - biasa la kan...org lelaki gomok mcm aku kene panggilan mcm tu...huhuhuhu

Keli - nick name kat sembang rumahtangga

Jebat - nick kat blog aku...banyak jugak ek nama timangan aku hehehehe

2. " 5 " sifat / tabiat buruk

Degil - aku ni memang degil skit dari kecik

Merajuk - tu le kelemahan aku wakakakakakak

Hangin satu badan - lg satu sikap buruk aku

Lemah semangat - bukan takut hantu tau tp bile ngan pompuan...wkakaakaka

Mudah percaya - aku ni mudah percaya ngan pompuan heheheh

3. " 5 " makanan favourite

Asam pedas Melaka

Masak lemak cili padi

Ayam goreng

Bihun Sup

Nasi goreng

4. " 5 " subjek pelajaran yg paling disukai

ape ek???? ermmmm aku rasa semua aku kurang minat kecuali
cikgu pompuan yg lawo ajo je aku minat..heheheheh

5. " 5 " benda wajib dalam purse

Duit syiling - nak beli air R.O kat tepi kedai pak lan

ATM - berguna waktu ujung bulan aje tau

I.C - tu da tentu le kan

Lesen - ni bukan lesen terbang ek

Duit kertas - jap ek aku tengok kalu ade balance lagi huhuhuhu

6. " 5 " topik yang biasa dibual bersama pasangan / teman

Anak-anak

Perbelanjaan bulanan

Kisah silam

Kerja

Diet - aku nak kuruskan badan gomok aku ni

7. " 5 " mangsa Tag

Red

Kak Ngah

PakLah

Sha

Eja

dan semua yang belum kene tag ni lagi..............

Kisah benar....serammmmm

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya! Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah. Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas.

Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh... Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga.

Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak. Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes.

Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku... Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt." Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi. Aku pun menjerit "Bala, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan. Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt". Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar.

Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu. Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ............ diiringi bau wangi yg menusuk hidungku... Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke atas.....

***PERHATIAN! !! Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku. Sila scroll ke bawah...

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Lalu aku tertawa sendiri... "Cilaka punya perfume dispenser" buat suspend jerrrrrrrr.. .

Award