Rajin-rajin le memfollow aku ek.....

Sunday, May 31, 2009

Kene tag lagi...huhuhuhu

1. Bile kali terakhir anda cuci toilet?

Tahun lepas kot...wkakakakaka

2. Pencuci apa yang anda gunakan?

Serbuk feb ngan asid peluntur

3. Dalam seminggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?

Tak penah la pasal tugasan tu da diagihkan kepada anak aku..wkakakaka

4. Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?

Abis waktu kerja p ngeteh ( minum Radix....hehehehe )

5. Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple?

Telur goreng......besttttt

6. Minuman yang anda buat setiap pagi?

Aku minum kat kedai jek...wkakakakakaka

7. Sebelum tido apa yang anda lakukan?

Kene bagitahu semua orang ker? hehehehehehe

8. Siapa yang harus menjawap tag ni?

Sapa ek yang belum kene tag ni??????

so kalu rasa lum kene tag ni rajin-rajin le menjawap ye...

Tag dari ERA

For the instructions, add your name on the list and simply spell out your name using the given Japanese letter-translations below.Tag six of your friend and inform them of the tag.Have fun.

TRANSLATION :

A - ka----F - lu----K - me----P - no----U - do----Z - zi
B - tu---- G - ji---- L - ta ----Q - ke----V - ru
C - mi----H - ri----M - rin----R - shi----W - mei
D - te---- I - ki ----N - to ----S - ari----X - na
E - ku----J - zu----O - mo----T - chi----Y - fu

kita guna nama glamer je la eh....( ikut cam era heheheheh )

KELI

K = me
E = ku
L = ta
I = ki

lain mcm lak bunyi nya.....me ku ta ki ( mcm bunyi muka ngan kaki jek wakakaka )

As usual aku tag...heheheh sapa ek????

1. Kay

2. Red

3. Jue

4. Paklah

5. Eja

6. sapa-sapa la yang rajin menjawap tag ni..hehehehehe

Aktiviti sewaktu balik kg

Akhirnya sampai jugak aku kat kg setelah hampir setahun aku tak balik...huhuhuh.Kebetulan aku ade urusan temuduga kat kl jadi dapat lah aku singgah ke kg halaman aku tapi kali ni aku balik seorang jek tak bawak anak bini aku sekali.Kesian kat diorang tak dapat balik sama tp tak per, nanti nak raya kita semua balik kg sesama ek...heheheheh





Makanan kegemaran aku....asam pedas melaka, sedappppp. Kalau aku balik Melaka tak pekena asam pedas kat pasar borong Batu Berendam tu memang tak lengkap la perjalanan balik kg aku.....hehehehehe



Antara sukan yang aku minat sertai...bowling ( psssttt...sukan yang lain aku tak reti wakakakaka )




Tuesday, May 26, 2009

Rumah untuk dijual....


Monday, May 25, 2009

Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing... Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.
Moralnya,
Jangan letak pisang dalam beg.
Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Sunday, May 24, 2009

Renungkan lah....

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..... ...."
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
8. Aku melihat umatku cubaberbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFATSILATURRAHIMNY A DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Thursday, May 21, 2009

Pekerja yang jujur

"Boss,..sayer nak mintak emergency leave boss,betul boss,saya serious
nih,saya tak tipu,terpaksa ambik emergency leave nih....Gambarnya pun
saya hantar sekali nih boss...tolonglah boss,betul boss,saya tak tipu
...... sungguh..... .. Tengoklah gambar nih bosss..."

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Friday, May 15, 2009

tag dari Mama Hani n Ima...

1. Do u think u're hot...

Aku memang panas baran pun....( betui ke jawapan aku tu....wkakakaakakak )

2. Upload ur fav pic...



3. Why do u like that pic?

Sebab diorang tu le kesayangan aku..hehehehe

4. When was the last time u ate pizza?

Tahun 2007 kot sebelum aku pindah ke Perlis ni

5. The last song u listen to...

Bunga Emas - Saleem

6. What r u doing rite now beside this?

heheheheeh....merokok ler

7. What name u prefer beside yours?

Tah...heheheheehe

8. People to tag:

1. Kak Ngah

2. Ummi Eja

3. Syah

4. Sha

5. PakLah

9. Who is no 1?

Sahabat yang sering berbual ngan aku

10. No 3. is having relationship with?

Sapa ek.....ermmmmm

11. Say something about no 5

Member yang selalu sudi melawat blog aku

12. How about no 4

Kenal kat ss n baru sangat buat blog..so rajin le menjawap tag ni ek

13. And no 2.

Sahabat yang selalu ambil berat kat aku.......



Wednesday, May 13, 2009

Tag dari kay...huhuhuhuh

Arahan tag :
1. Anda perlu print screen wallpaper kat dekstop yang sedang anda gunakan..
  • Akhirnya berjaya jugak aku buat...hheheheheeh
2. Bagitahu kenapa anda suka wallpaper ini
  • Pasal aku suke view yang menyejukkan mata
3. Sila tag 10 orang rakan anda
  • Ramai ke kawan aku ni????? ehehehehehehe
1. Mama Hani
2. Zana
3. Sha
4. Ummi Eja
5. PakLah
6. Sapa-sapa yang belum kene tag lg ek..

Sunday, May 10, 2009

Sekadar hiburan

Cium Isteri

Pada suatu pagi, bertanya si isteri kepada si suaminya:

Isteri : Abang tengok tak jiran kita yang baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium
isterinya. Bila pulang dari kerja, dia akan berikan
isterinya sekuntum bunga mawar...loving betul la
mereka tu.kenapa Abg tak buat mcm tu?
Suami : Nak mampus......mana Abg kenal isteri dia


Bunuh Setan

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau, si isteri menceritakan apa yang didengarinya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

Isteri : Abg nak tahu tak, Ustaz kata bila suami isteri tu bersatu /
bersetubuh dengan cara yang betul dan menjaga syaratnya
maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama
seperti membunuh 10 ekor syaitan.
Suami : ye ke? kalau begitu malam ni malam Jumaat, masa yang
sesuai untuk bunuh syaitan kan....betul tak sayang?
kata si suami sambil ketawa...
Isteri : si isteri mengangguk sambil tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:

Isteri : bangggg...jom kita bunuh syaitan
Suami : si suami tersenyum panjang....

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi:

Isteri : bangggg...jom kita bunuh syaitan lagi ( sambil tersenyum manja... )
Suami : tak pe la....tunggu esok aje

Esoknya si isteri berkata lagi:

Isteri : banggg...jom kita bunuh syaitan lagi
Suami : ( si suami hanya mengangguk lemah dengan ajakan si isteri tadi )

Esoknya si isteri berkata lagi:

Isteri : banggg...jom kita bunuh syaitan....

Si suami tiba-tiba naik marah lantas berkata....

" Ayang ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang ? "


Anak siapa????

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin
dengan Robert, jejaka pilihannya yang juga jiran serta teman
sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy : Ayah, Robert telah melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : apa???? tidak boleh !!! kamu boleh berkahwin dengan
siapa sahaja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa??
Ayah : ( separuh berbisik ) kerana Robert tu sebenarnya adalah
abang mu sendiri tapi jangan bagi tahu ibu mu..

Terkejut dengan cerita itu, Suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy : Ibu, ayah melarang saya berkahwin dengan Robert
Ibu : tak usah kau dengar cakap ayah kau tu...kau boleh
berkahwin dengan sesiapa saja yang kau suka
termasuk Robert.
Suzy : Tapi kata ayah, Robert tu abang saya. Adik beradik
kan tidak boleh berkahwin.
Ibu : ( separuh berbisik ) Hmmmm....Ayah kamu pun tak tahu
kamu tu bukan anaknya....
Suzy : Haaaaa...??????



Monday, May 4, 2009




Cantik tak?? kalu korang nak tahu kotak rokok ni dihadiahkan oleh staff aku...( yang berwarna merah tu tau...bombtrack ) Kegunaannya da tentulah untuk menyimpan rokok la kan, tak kan la nak simpan anak ayam dlm kotak tu ye tak...hehehehehe









Sukan Air Perlis 2009 yang berlangsung pada 18 - 19 April 2009 di Kuala Perlis begitu meriah sekali. Inilah kali pertama aku terlibat secara langsung dalam sukan air tersebut.

Award