Rajin-rajin le memfollow aku ek.....

Sunday, May 10, 2009

Sekadar hiburan

Cium Isteri

Pada suatu pagi, bertanya si isteri kepada si suaminya:

Isteri : Abang tengok tak jiran kita yang baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium
isterinya. Bila pulang dari kerja, dia akan berikan
isterinya sekuntum bunga mawar...loving betul la
mereka tu.kenapa Abg tak buat mcm tu?
Suami : Nak mampus......mana Abg kenal isteri dia


Bunuh Setan

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau, si isteri menceritakan apa yang didengarinya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

Isteri : Abg nak tahu tak, Ustaz kata bila suami isteri tu bersatu /
bersetubuh dengan cara yang betul dan menjaga syaratnya
maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama
seperti membunuh 10 ekor syaitan.
Suami : ye ke? kalau begitu malam ni malam Jumaat, masa yang
sesuai untuk bunuh syaitan kan....betul tak sayang?
kata si suami sambil ketawa...
Isteri : si isteri mengangguk sambil tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:

Isteri : bangggg...jom kita bunuh syaitan
Suami : si suami tersenyum panjang....

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi:

Isteri : bangggg...jom kita bunuh syaitan lagi ( sambil tersenyum manja... )
Suami : tak pe la....tunggu esok aje

Esoknya si isteri berkata lagi:

Isteri : banggg...jom kita bunuh syaitan lagi
Suami : ( si suami hanya mengangguk lemah dengan ajakan si isteri tadi )

Esoknya si isteri berkata lagi:

Isteri : banggg...jom kita bunuh syaitan....

Si suami tiba-tiba naik marah lantas berkata....

" Ayang ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang ? "


Anak siapa????

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin
dengan Robert, jejaka pilihannya yang juga jiran serta teman
sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy : Ayah, Robert telah melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : apa???? tidak boleh !!! kamu boleh berkahwin dengan
siapa sahaja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa??
Ayah : ( separuh berbisik ) kerana Robert tu sebenarnya adalah
abang mu sendiri tapi jangan bagi tahu ibu mu..

Terkejut dengan cerita itu, Suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy : Ibu, ayah melarang saya berkahwin dengan Robert
Ibu : tak usah kau dengar cakap ayah kau tu...kau boleh
berkahwin dengan sesiapa saja yang kau suka
termasuk Robert.
Suzy : Tapi kata ayah, Robert tu abang saya. Adik beradik
kan tidak boleh berkahwin.
Ibu : ( separuh berbisik ) Hmmmm....Ayah kamu pun tak tahu
kamu tu bukan anaknya....
Suzy : Haaaaa...??????



0 comments:

Award